Vida ‘naik angin’, dakwa Iqbal kacang lupakan kulit

Vida ‘naik angin’, dakwa Iqbal kacang lupakan kulit

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida ‘naik angin’ dengan komen penyanyi dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli  berkaitan perjalanan tajaan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Vida menerusi Instagramnya mengecam kenyataan Ahmad Iqbal, yang disifatkan ‘kacang lupakan kulit’.

Dia turut meminta usahawan yang kini menetap di Indonesia dan juga bekas pembantu peribadinya itu supaya ‘sedar diri’.

“Apa masalah mu ni? Nak menghanjeng ? sedar diri boleh? dari mana datang? asal usul? Dari nothing !! Aku dah tabur macam macam, ilmu bagai bagai. kalau bukan sebab aku, mu ingat ada orang nak pandang mu?

“Mu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. kecut batu. aku support, bagi ilmu, tunjuk cara.

“Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya semua cedok ilmu & cara aku. Aku nak meniaga segenap penjuru ke, sampai planet marikh ke itu aku punya pasal. Itu passion aku. Tak susahkan mu. Dasar #kacanglupakankulit,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ahmad Iqbal membalas kenyataan itu dengan menulis: “Eh kenapa tiba-tiba terasa? Saya langsung tak mention (sebut) nama pun dan langsung tak tuju ke situ”.

Beliau dalam komen panjang lebar turut menulis: “Allahuakbar. Ujian lagi buat saya”.

Perdebatan itu berlaku susulan Ahmad Iqbal membalas komen di status sebuah portal berita memaklumkan bersetuju dengan penaja ketika ini yang sangat bagus mengendalikan program hiburan itu.

Tetapi katanya, jangan samakan beliau dengan orang lain yang mereka semua kenal sebelum ini. 

“Saya sudah 4 tahun bersiaran di TV, tidak pernah bikin masalah. Jangan risau, kalian boleh lihat sendiri, sepanjang viral pun saya tidak pernah mengambil kesempatan menjual produk saya di Instagram. 

“Saya bukan seperti itu. Saya bukan ketandusan menjual produk di segenap penjuru,” tulisnya.

Rata-rata netizen meminta Vida untuk bersabar dan tidak melayan sikap tidak matang Ahmad Iqbal.

Hye.yin berkata:” Sabar Datuk, Istiqfar. Kadang sesetengah manusia tidak tahu erti mengenang budi.”

Waffiy_zstar pula berkata:” Datuk Seri Vida jangan layan dia tu. 

“DSV level profesional dalam meniaga. Dia level bawahan yg sentiasa tak senang tgk org kat atas. Orang level mcm tu jangan layan nanti rosak kita semua.” katanya. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen