JDT umum kehadiran Syahmi Safari

JDT umum kehadiran Syahmi Safari

BEKAS kapten Selangor, Syahmi Safari diumumkan sebagai pemain baharu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim.

Kehadiran pemain kebangsaan itu ke skuad Hariumau Selatan diumumkan menerusi satu hantaran video di laman sosial Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Syahmi mula beraksi bersama skuad Liga Super Selangor pada musim 2018 di posisi pertahanan kanan serta sayap, selain sentiasa dipanggil menyertai pasukan Harimau Malaya.

Pemain berusia 23 tahun itu juga beraksi bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki di Singapura bulan lalu dan beraksi di posisi pertahanan kiri.

Bersama JDT, pemain yang digelar ‘Wak Mi’ itu akan bersaing merebut posisi pertahanan kanan bersama Matthew Davies. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen