Adun DAP dibebas selepas ditahan kerana positif dadah

Adun DAP dibebas selepas ditahan kerana positif dadah

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu dibebaskan daripada tahanan selepas ditahan semalam kerana didapati positif bahan terlarang.

Perkara tersebut disahkan peguamnya, RSN Rayer seperti dilaporkan MalaysiaKini.

“Ya dia (Terence) ditahan.

“Saya hadir prosiding reman hari ini.

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya.

Terence, 54, menyandang jawatan Adun selama dua penggal.

Media sebelum ini melaporkan seorang Adun Perak ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam malam tadi.

Dia kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah.
Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang, Asisten Komisioner, Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam serbuan jam 9 malam itu. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen