Jika PRN Johor, BN boleh menang 42 kerusi – Isham Jalil

Jika PRN Johor, BN boleh menang 42 kerusi – Isham Jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yakin Barisan Nasional boleh memenangi 32 hingga 42 kerusi jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam msa terdekat.

Beliau berkata, PRN Johor perlu diadakan bagi mendapat mandat rakyat agar pemulihan dari segi ekonomi dan penggubalan dasar-dasar dapat segera dilakukan,

“Jika PRN Johor diadakan dalam masa terdekat, BN boleh menang 32-42 kerusi.

“Pilihanraya tidak boleh ditangguh-tangguh, ia perlu dibuat dalam masa terdekat untuk mendapatkan mandat rakyat supaya kestabilan politik dapat dicapai dan pemulihan ekonomi dapat disegerakan termasuk dengan meningkatkan keyakinan pelabur melalui penggubalan dasar-dasar yang lebih baik oleh kerajaan bermandat,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Besar Johor, Datuk Hasn8 Mohammad digesa supaya segera memberi kata putus sama ada PRN Johor akan diadakan dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pembangkang Johor, Aminolhuda Hasan yang berkata, ramai tertanya-tanya kerana PRN dikatakan akan diadakan di Johor selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen