Netizen terkejut, royalti diterima Tomok terlalu sedikit

Netizen terkejut, royalti diterima Tomok terlalu sedikit

JUMLAH royalti yang diterima penyanyi, Tomok telah mencuri perhatian netizen baru-baru ini.

Perkongsian penyanyi itu di Instagram nyata mengejutkan para peminat yang tidak menyangka jumlah royalti diterima Tomok terlalu sedikit dan tidak setimpal.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi penyata bank yang memaparkan jumlah royalti yang diterimanya dari 2013 hingga tahun 2021 ialah sebanyak RM19.06.

Tomok menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang pahit untuk diterima.

“Pahit untuk di telan.. Tapi takpa, terus pandang ke depan #royalty,” tulisnya

Melihat perkongsian penyanyi tersebut, rata-rata netizen terkejut melihat realiti sebenar dan turut membuka mata mengenai pendapatan anak seni yang mungkin indah khabar daripada rupa.

“Kenapa sampai negatif?? #gajiorangseni Dari tahun 2013 banyak ni je.. Allahu. Semoga Allah balas dengan rezeki yang melimpah ruah lepas ni..”

“Patut lah industri hiburan Malaysia tak pernah maju. Dasar ekonomi kapitalis, duit show masuk tv banyak mana semua pihak atas yang cekau.”

“Sebab tu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tak dapat nak tinggalkan apa-apa untuk anak-anak beliau. Kalau ikutkan banyak royalti yang beliau boleh dapat. Tapi sistem kontrak industri hiburan Malaysia hanya kayakan syarikat dan produser. Kalau tak ada saving dan business, memang tak dapat survive la artis kita. Tak ada pembelaan. Semua tamak,” komen netizen.

Tomok memulakan kariernya sebagai penyanyi sebagai vokalis kumpulan New Boyz pada tahun 1999.

Kemudian, Tomok beralih sebagai penyanyi solo selepas menjuarai program realiti One In A Million bagi musim yang ketiga pada tahun 2008. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen