Pengasingan kes positif Covid-19 kini 7 hari, jika lengkap vaksinasi

Pengasingan kes positif Covid-19 kini 7 hari, jika lengkap vaksinasi

TEMPOH pengasingan kes positif Covid-19 bagi semua jenis varian yang membabitkan individu sudah lengkap divaksinasi serta tidak bergejala kini ditetapkan tujuh hari, berbanding 10 hari sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bagi individu positif yang tidak lengkap vaksin atau bergejala, tempoh pengasingan ditetapkan adalah selama 10 hari.

“Penilaian kesihatan akan dibuat sebelum pelepasan boleh diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pengasingan kontak rapat, Khairy menjelaskan, tempoh kuarantin bagi individu yang sudah menerima dos penggalak ialah selama lima hari.

Katanya, tempoh tujuh hari pula ditetapkan ke atas individu yang lengkap vaksinasi, yang belum lengkap atau tiada vaksinasi.

“Tempoh yang dinyatakan ini berkuat kuasa esok dan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin.

“Bagaimanapun prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai,” katanya. – Malaysiapost

Komen