Positif dadah: DAP tuntut penjelasan Terence

Positif dadah: DAP tuntut penjelasan Terence

DAP Perak memandang serius wakil rakyatnya terpalit dalam penyalahgunaan dadah sekali gus menuntut penjelasan Ahli Dewan Undangan (Adun) Pasir Pendamar, Terence Naidu berhubung perkara itu.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata kepimpinan parti di peringkat negeri dan pusat mahu Terence memaklumkan situasi sebenar berhubung penahanannya di sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang.

“Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa DAP memandang serius kelakuan, karakter dan integriti wakil rakyatnya dan mereka harus menjadi contoh teladan sebagai orang yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin mereka,” kata Kor Ming dalam kenyataan, hari ini.

Semalam media melaporkan, Terence didakwa positif menggunakan bahan terlarang ketika berada di sebuah kelab malam di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada tahanan polis selepas tempoh tahanan yang singkat.

Dalam serbuan itu, polis mengesahkan seramai 36 daripada 47 orang yang ditahan semasa serbuan didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun. – Malaysiapost

Komen