Zarina Anjoulie bidas komen netizen kata rawatan sedut lemak haram

Zarina Anjoulie bidas komen netizen kata rawatan sedut lemak haram

TERKENAL dengan imej artis yang lantang bersuara, pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju kali ini membidas reaksi netizen selepas dikatakan tindakannya membuat rawatan sedut lemak (Liposuction) adalah haram.

Dalam hantaran di laman Instagram, Zarina berkongsi pengalaman melakukan rawatan sedut lemak di sebuah klinik baru-baru ini.

Dalam video berdurasi satu minit itu, Zarina teruja menceritakan pengalaman dan turut memberitahu itu bukanlah kali pertama dia membuat rawatan tersebut.

“I love sedut lemak. Lagi-lagi kat perut, tapi kali ini Anju target kiri kanan perut,” katanya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa komen yang tidak bersetuju dengan perkongsian Zarina, dan menasihatinya agar jangan berbangga dengan dosa.

Tidak berdiam diri, Zarina membidas komen tersebut dengan kata-kata ‘berbisa’ yang menegaskan bahawa perbuatan menonton video lucah dan beronani juga berdosa dan haram di sisi Islam.

Katanya, walaupun perbuatan menonton video lucah tidak dilakukan secara umum, tetapi semua perbuatan akan diketahui Allah SWT.

Sehingga hari ini, video itu menerima tontonan 230,000 dan mendapat lebih 6,000 tanda suka. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen