Ambil dos penggalak demi sambutan Aidilfitri – Dr Noor Hisham

Ambil dos penggalak demi sambutan Aidilfitri – Dr Noor Hisham

ORANG ramai disarankan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu sebagai satu usaha kesiapsiagaan bagi menyambut sambutan Aidilfitri pada awal Mei tahun ini.

“Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga.

“Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, Insya-Allah,” katanya menerusi ciapannya di Twitter.

Menerusi perincian dikongsi portal CovidNow hari ini, sebanyak 28.2 peratus atau 166,073 individu daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima dos penggalak setakat, semalam.

Bagi peratusan vaksinasi populasi dewasa sehingga semalam mencecah 97.8 peratus membabitkan 22,902,459 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Manakala sebanyak 99 peratus atau 23,182,938 juta individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 25,675,722 juta individu atau 78.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Sebanyak 79.7 peratus atau 26,044,184juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,773,263 juta individu 88.1 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,861,246 juta individu atau 90.9 peratus mendapat satu dos.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 60,729,670 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

Komen