Tiada istilah Perayaan Hari Agama Sedunia – Idris

Tiada istilah Perayaan Hari Agama Sedunia – Idris

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menegaskan tidak ada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia.

Beliau menegaskan, perkara itu jelas menurut Islam dan menjadi kewajipan bagi umat Islam mengukuhkan iman untuk menjadi hamba Allah yang taat.

Beliau memetik ayat 19 surah Al-Imran yang menyentuh sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam.

“Tiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia. Ia jelas dan ia wajib diimani.

“Teruslah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya beliau hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada satu poster sambutan Hari Agama Sedunia yang tular di media sosial hari ini.

Poster tersebut turut memetik ayat 13 surah al-Hujurat dan mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk tokoh agama. – Malaysiapost

Komen