12 kematian akibat Covid-19 semalam

12 kematian akibat Covid-19 semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 12 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 31,793 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuatnaik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 41,199 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 33,784 individu atau 81.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,080 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 3,153 kes dirawat di hospital dan 182 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 83 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Komen