Banjir: Mat Sabu cadang kerajaan belajar daripada Belanda

Banjir: Mat Sabu cadang kerajaan belajar daripada Belanda

MALAYSIA perlu belajar teknologi dari Belanda bagi mengatasi bencana banjir pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata, sudah sampai masanya Malaysia belajar selok-belok teknologi pengairan Belanda yang dapat mengelak banjir meskipun negara itu terletak di bawah kedudukan paras laut.

“Saya bersetuju dengan cadangan diperkatakan Menteri Alam Sekitar dan Air. Kita perlu belajar teknologi dan kepakaran negara lain seperti Belanda, negaranya tidak banjir walaupun berada di bawah paras laut,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas mengenainya, Mohamad yang juga Presiden Amanah menegaskan, rakyat tidak marah kerajaan berbelanja besar jika tujuannya adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.

“Berbelanjalah sebesar mana pun, asalkan untuk kebaikan rakyat, kita tidak marah. Tapi kalau berbelanja seperti ratus juta ubah suai rumah Perdana Menteri kita pun marah.

“Jadi kalau berbelanja ikut keutamaan yang perlu kita sokong dan rakyat pun tidak marah,” katanya. – Malaysiapost

Komen