Warga emas ditemui rentung, kedai perabot terbakar

SEORANG warga emas rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah kedai perabot di Jalan 1, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairul Azmi Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.42 pagi.

Katanya, seramai 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Bandar Tun Razak, BBP Sg Besi dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang maut dipercayai pekerja kedai perabot berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai membuat barang-barang perabot dan terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba mengalami kesukaran ketika kerja pemadaman kerana arus elektrik yang mengalir, namun kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi dari merebak ke bangunan sebelah.

“Seramai tiga mangsa dipercayai terlibat dalam kejadian ini. Seorang mangsa berumur 60-an maut dan ditemui dalam keadaan rentung manakala dua mangsa yang cedera berumur 50an.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights