Media berkumpul di IJN ikuti perkembangan kesihatan Tun M

TIMBUL dakwaan mengatakan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan membimbangkan dan susulan itu pengamal media berkumpul di Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan terkini mengenainya.

Bapa Pemodenan itu yang berusia 97 tahun dan juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sebelum ini dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 16 Disember tahun lalu sebelum mendapatkan rawatan sekali lagi pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Memetik laporan Kosmo, pihak IJN ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights