Calon PH DUN Endau pakai baju pengantin ke pusat penamaan

Calon PH DUN Endau pakai baju pengantin ke pusat penamaan

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Endau dijangka menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kerusi DUN Endau diramal bakal menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional.

Calon BN iaitu Ketua Umno Bahagian Mersing Mohd Youzaimi Md Yusof kali ini diturunkan dengan membawa misi merampas kembali kerusi tersebut.

Mohd Youzaimi tiba tepat jam 8.07 pagi tadi diikuti calon Parti Pejuang Noorhisyam Ibrahim yang menggantikan Zaini Tahar yang disahkan Positif covid-19 tepat jam 8.15 pagi.

Kemudian penyandang dan juga calon Perikatan Nasional iaitu Alwiyah Talib tiba berpakaian baju kurung tepat jam 8.30 pagi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Fakrulradzi Mahmud menjadi tumpuan apabila tampil dengan berpakaian pengantin selepas melangsungkan akad nikah tepat jam 8.38 pagi tadi sebelum ke Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Endau. – Malaysiapost

Kredit foto : MalaysiaGazette

Komen