Bingkisan kisah dari sisi hidup nelayan
Sharifudin Abdul Rahim
DARI kejauhan, kelihatan seorang lelaki mungkin usianya sekitar 30-ah sedang sibuk memunggah hasil tangkapan.
Di sudut lain, pemandangan sama juga kelihatan malah semakin lama, semakin banyak pula bot di Pengkalan Jeti Nelayan Sungai Musuh, Pengerang.
Saban hari, begitulah rutin mereka demi meneruskan kehidupan, mengisi perut bukan hanya untuk mereka tapi untuk insan-insan yang setia menanti di rumah.
Semua hasil dijual kepada peraih walaupun kadangkala jumlahnya kecil, namun wang diterima besar maknanya buat mereka.
Penat diketepikan demi meneruskan hidup yang tak tahu bagaimana cabaran mendatang. – Malaysiapost






