Muhyiddin pikul kekalahan PN, sedia lepas teraju parti

Muhyiddin pikul kekalahan PN, sedia lepas teraju parti

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memikul sepenuhnya tanggungjawab berhubung kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bersedia melepaskan teraju kepimpinan jika dimahukan oleh ahli parti itu ekoran kekalahan PN.

Katanya, PN menerima dengan terbuka keputusan yang dibuat oleh rakyat Johor dalam pilihan raya ini.

“Ya, saya bertanggungjawab saya tak ada masalah Kalau mereka kata saya tak payah pegang lagi. Itu adalah satu amanah yang saya pikul.

“Jadi, kalau ada ahli parti rasa terkilan saya telah buat apa yang terbaik saya fikir…jadi, bagi saya tidak apa ini cabaran yang kita perlu hadapi.

“Apa pun keputusan ini kita terima,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Johor Bahru, malam ini.

PN berjaya memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Endau, Bukit Kepong dan Maharani.- Malaysiapost

Komen