Yasin tidak patut dipenjara, hukum gantung – Wardina

Yasin tidak patut dipenjara, hukum gantung – Wardina

“PEROGOL dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati,” luah pelakon Wardina Safiyyah berhubung kes yang dihadapi rakan artis Muhammad Yasin Sulaiman.

Menurutnya, bekas penyanyi nasyid dan komposer lagu itu tidak patut dipenjara seumur hidup atau hukuman gantung sampai mati hanya kerana ‘tumbuhan’ dalam pasu.

Jelasnya, Yasin seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental.

“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

“Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Wardina turut menggunakan tanda pagar #justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun #justiceforyasinsulaiman @yasinsulaiman pada hantarannya sebagai tanda solidariti terhadap Yasin.

“Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” katanya.

Yassin kini berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Pelantun suara bagi lagu Mimpi Laila itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Khamis lalu.

Beliau turut tidak mengaku salah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut. – Malaysiapost

1 Comment

  • Mohd khairi Mohd daud

    Biar lh undang2 yg tentukan. X kira sesape pun. Usahlah kita buat keputusan kita. Serahkan kepada yg pakar. Semoga Allah permudahkan segala uruskan… Aminnnnn

Komen