Bazar Ramadan Jalan Raja Alang meriah, tumpuan warga kota

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang meriah, tumpuan warga kota

BAZAR Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru yang wujud sejak tahun 1960, terus menjadi antara tumpuan bagi warga kota mencari juadah berbuka puasa.

Menyediakan 120 tapak jualan, bazar tersebut menawarkan pelbagai juadah enak untuk berbuka puasa antaranya ayam bakar, martabak, aneka kuih muih serta bermacam air minuman buat penghilang dahaga.

Rata-rata peniaga mula berniaga sekitar jam 3 petang dan sejak itu orang ramai tidak putus-putus menjengah ke tapak bazar tersebut untuk mencari juadah pilihan sebagai santapan berbuka puasa. – Malaysiapost

Komen