Chef Ammar mengamuk dituduh jual nasi arab harga ‘Tel Aviv’

Chef Ammar mengamuk dituduh jual nasi arab harga ‘Tel Aviv’

CHEF terkenal, Chef Ammar ‘naik angin’ apabila dituduh menjual nasi arab ‘lamb shank’ dengan harga yang mahal.

Susulan itu, Chef Ammar menerusi aplikasi TikTok menjelaskan isu makanan tersebut yang dikatakan berharga ‘Tel Aviv’.

Chef Ammar berkata, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi.

Katanya, saiz ‘lamb shank’ juga menjadi keutamaan buat dirinya supaya pembeli berpuas hati menikmati makanan itu.

Selain itu, dalam video berkenaan Chef Ammar juga menunjukkan dirinya menitikberat kebersihan dan keikhlasan dalam menyediakan juadah apabila tempat penyediaan memasak dilihat cukup bersih, malah daging kambing juga dipotong besar dan tebal.

“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai.

“Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” katanya. – Malaysiapost

Komen