Macam mana nak lulus RUU, ramai katak yang buat keputusan

Macam mana nak lulus RUU, ramai katak yang buat keputusan

RANG Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti diakui sukar dibentang dan diluluskan kerana ramai yang membuat keputusan dalam kerajaan ketika ini adalah ‘katak politik’

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan laporan terbaharu menyebut Kabinet tidak bersetuju RUU tersebut dibentang di Dewan Rakyat, 11 April ini.

“Macam mana nak lulus bila yang buat keputusan ramai yang katak,” katanya ringkas menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu terdapat laporan menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendakwa, Kabinet tidak bersetuju RUU itu dibentangkan.

RUU Anti Lompat Parti sepatutnya dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Jelasnya, RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada sidang khas akan datang sebaliknya akan dihantar semula untuk kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’. – Malaysiapost

Komen