Lapor kepada Jabatan Kesihatan jika makanan dibeli ‘meloyakan’

Lapor kepada Jabatan Kesihatan jika makanan dibeli ‘meloyakan’

ORANG ramai diminta untuk melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran masing-masing sekiranya makanan yang dibeli mereka mengandungi lima faktor.

Public Health Malaysia menerusi Facebook miliknya berkongsikan lima faktor berkenaan termasuk tindakan yang perlu diambil.

“Jika orang awam terbeli makanan yang tidak dimasak sempurna, basi dan telah rosak atau menyebabkan gejala keracunan.

“Selain itu, dikendalikan oleh peniaga yang tidak bersih, dibungkus dengan dawai kokot, paku serta ada bendasing seperti telur lipas, cicak atau bahan asing, mereka perlu mengambil gambar bukti, simpan sample makanan dan kenal pasti dan maklumkan nama premis.

“Justeru, jangan berdiam diri. Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan,” katanya menerusi Facebook.

Komen