Paip pecah: Gangguan air di 16 kawasan di Hulu Selangor hari ini

Paip pecah: Gangguan air di 16 kawasan di Hulu Selangor hari ini

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di 16 kawasan di daerah Hulu Selangor hari ini, berikutan insiden paip pecah di Jalan Kolam Air, Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan, memaklumkan penutupan sementara bekalan air dilakukan pada jam 11 malam bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.

Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Pesara, Kampung Asam Kumbang, Taman Bukit Bunga, Jalan Padang Tembak, Pekan Kuala Kubu Bharu, Taman Juta, Padang Golf, Kampung Orang Asli Tun Razak dan Jalan Syed Mansor.

“Turut terjejas ialah Hospital Kuala Kubu Bharu, Kampung Dagang Setia, Kampung Kelapa, Taman Sri Teratai, Taman Kuala Kubu Bharu Utama, Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Masjid Kuala Kubu Bharu,” menurut kenyataan itu.

Kerja pembaikan sedang dilakukan dan segala usaha diambil meminimumkan impak gangguan terhadap pelanggan terjejas.

“Status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sasaran awal kerja siap adalah pada pagi ini.

“Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300,” katanya. – Malaysiapost

Komen