31 kematian baharu Covid-19, 6 kes BID

31 kematian baharu Covid-19, 6 kes BID

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,259 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, enam daripada 31 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 158,439 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 154,880 individu atau 97.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 341 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,012 kes pula dirawat di hospital dan 206 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 109 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Komen