PM harap pembangkang sokong RUU Anti Lompat Parti

PM harap pembangkang sokong RUU Anti Lompat Parti

AHLI parlimen kerajaan akan menyokong Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan esok untuk membolehkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti itu digubal pada masa hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Ismail turut berharap pihak pembangkang akan memberikan sokongan mereka.

Katanya, sebelum ini terdapat petunjuk daripada pembangkang bahawa mereka akan menyokong pindaan itu, justeru beliau berharap mereka akan meneruskannya.

“Jadi saya haraplah apa yang dijanjikan akan ditepati esok.

“Ini kerana tanpa pindaan kepada Artikel 10, mana-mana undang-undang yang dibentangkan dan diluluskan tak boleh dipakai sebab bertentangan Artikel 10,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga berhasrat agar Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentangkan semasa Persidangan Parlimen pada Julai nanti. – Malaysiapost

Komen