Dua kit ujian Covid-19 digantung MDA

Dua kit ujian Covid-19 digantung MDA

DUA jenama kit ujian kendiri Covid-19 digantung kepenggunaannya sekali gus digantung kelulusannya oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

selepas mendapati prestasinya tidak mencapai tahap ditetapkan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, MDA telah menguji 22 jenama kit ujian Covid-19 di pasaran selepas menerima aduan daripada orang ramai dan mendapati prestasi kedua-dua kit berkenaan tidak mencapai piawai yang ditetapkan.

“Setakat ini, 12 keputusan telah diperolehi dan mendapati 2 kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

“Kelulusan 2 kit ini digantung serta-merta,” ciapnya di Twitter hari ini.

Dua jenama berkenaan ialah Wizblue yang dikeluarkan oleh Anhui Deepblue Medical Technology Co dan Wizbiotech yang dikeluarkan oleh Xiamen Wiz Biotech Co, kedua-duanya berpangkalan di China.

Kedua-dua kit ujian Covid-19 itu masing-masing didaftarkan di Malaysia oleh Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Bhd.

Pada 17 Februari lalu, Khairy memaklumkan dia telah mengarahkan MDA untuk menyiasat aduan orang ramai mengenai kit ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan yang meragukan. – Malaysiapost

Komen