Nicky Liow serah diri

Nicky Liow serah diri

AKHIRNYA ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa selama setahun, Nicky Liow menyerah diri kepada polis.

China Press melaporkan, Nicky menyerah diri kepada polis dengan ditemani peguamnya.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikehendaki polis atas dakwaan terlibat dalam jenayah terancang seperti penipuan dan pengubahan wang haram.

Pada Mac tahun lalu, polis menahan 68 individu dipercayai ahli kumpulan Liow. Pihak berkuasa turut merampas 16 kenderaan mewah termasuk Rolls Royce dan mata wang asing berjumlah lebih RM7 juta dalam 70 serbuan.

Bagaimanapun Pengasas Winner Dynasty Group dipercayai sempat melarikan diri dengan membawa ‘bekalan’ lapan beg yang dipenuhi wang tunai. – Malaysiapost

Komen