Bakar MPV: Polis minta individu dalam video tular tampil

Bakar MPV: Polis minta individu dalam video tular tampil

POLIS meminta individu dalam video tular kes membakar kenderaan pencuri lembu baru-baru ini, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu bagi membantu siasatan.

Menerusi hantaran Facebook, IPD Kemaman berkata, mereka yang terlibat tidak perlu risau untuk hadir ke IPD bagi diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Salam Ukhwah Ramadhan Kemaman. Abam (Abang) payung video tindakan luar biasa di bulan Ramadhan oleh sahabat handai di kawasan Neram. Bagi menjernihkan kekeruhan kita nak minta individu-individu yang terlihat di dalam video ni tampil ke IPD Kemaman.

“… sambil- sambil mengeratkan silaturahim dan bertemu dengan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang boleh di hubungi di talian 0105426362, Inspektor Nadia dan 0126966849 ,Insp Ong iaitu Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Daerah Kemaman,” katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, mereka yang terlibat tidak perlu risau dan perlu berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

“Jangan risau atau bimbang, berani kerana benar. Maruah di junjung Hak dipertahankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung bertindak membakar sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey kerana mencuri lembu dari ladang kelapa sawit.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu, namun tidak dinyatakan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam. – Malaysiapost

Kredit Foto: Kosmo

Komen