Bersatu, MN perlu bergabung jatuhkan PH di Selangor

Bersatu, MN perlu bergabung jatuhkan PH di Selangor

BERSATU dan Muafakat Nasional (MN) perlu bergabung jika ingin menjatuhkan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata hubungan antara PAS dan Umno dalam MN di negeri tersebut masih kukuh dan erat setakat ini.

Menurutnya, PAS masih meneruskan usaha gagasan penyatuan ummah untuk bersama dengan MN dan Perikatan Nasional (PN).

“Secara keseluruhannya penerimaan di peringkat akar umbi ini, mereka masih komited untuk perkukuh MN tapi kembali kepada Umno untuk membuat keputusan akhir terutamanya bila menjelang PRU.

“Perkata ini kita dapat lihat semasa Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang mana segala keputusan akan berbalik kepada Umno untuk menentukan tindakan dan lain-lain,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Iftar Perpaduan Dewan Pemuda PAS di Seksyen 14 Shah Alam semalam. – Malaysiapost

Komen