Covid-19: 19 kematian baharu, 3 BID
SEBANYAK 19 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 35,311 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, tiga daripada 19 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, seramai 131,235 individu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 266 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Pada masa sama, terdapat 2,794 kes dirawat di hospital dan 174 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU pula membabitkan 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost