Isteri minta cerai kerana suami besarkan zakar

Isteri minta cerai kerana suami besarkan zakar

GARA-GARA suami membesarkan zakar, seorang isteri memohon penceraian secara fasakh.

Perkara yang benar berlaku ini dikongsi di laman Facebook Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli yang berkata, wanita itu bertindak demikian selepas bimbang tentang kesihatan serta kemudaratan ke atas dirinya.

Bagaimanapun menurut Fahmi, suami wanita itu enggan menceraikan isterinya.

“Jika suami tak mahu ceraikan, isteri boleh fail fasakh, cuma fasakh yang nak dibawakan itu bergantung kepada alasan.

“Tapi apa yang pasti setiap negeri tidak ada pun kata isteri boleh tuntut fasakh kerana zakar suami besar,”katanya di laman Facebook.

Mengulas mengenainya, Fahmi berkata, jika isteri mahu meneruskan fasakh dia boleh menuntutnya dari sudut berkaitan mental.

“Saya pernah ada satu kes berkaitan nafsu suami, dia tak fikir pun pasal isteri, sama ada isteri sakit ke, apa yang dia fikir hanya kepuasan nafsunya sahaja.

“Kes ini kita bawa sebagai menyakiti tubuh badan dan ia dibuktikan dengan klinikal contoh mengalami kesan seperti terkoyak atau sebagainya,” katanya.

Fahmi menjelaskan, apa yang perlu dilakukan isteri adalah dapatkan laporan psikitari bahawa dia bimbang dan takut untuk menghadapi perkahwinan sebegini bagi membolehkan tindakan seterusnya dilakukan.-Malaysiapost

Komen