Penghormatan terbesar untuk Anwar

Penghormatan terbesar untuk Anwar

KEMENANGAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR tanpa bertanding bagi penggal 2022/ 2024 adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia sekali gus mengulangi sejarah pemilihan parti empat tahun lalu.

“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

“Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi Keadilan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Saifuddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

Semalam Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2024.

Perkara itu diumumkan pejabatnya menerusi kenyatan media di Facebooknya, serta menjelaskan Anwar telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL.

Untuk rekod, lebih 8,000 permohonan diterima untuk pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 melibatkan jawatan peringkat cabang di seluruh negara. – Malaysiapost

Komen