Covid-19: Kes baharu kekal empat angka

Covid-19: Kes baharu kekal empat angka

KES baharu Covid-19 di Malaysia kekal pada empat angka buat hari ketiga berturut-turut apabila melaporkan 9,002 kes semalam.

Kelmarin Malaysia mencatat angka terendah dalam tempoh lebih dua bulan iaitu  7,739 kes, manakala 8,112 kes dicatatkan Ahad lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,342,559.

Pada masa sama, sebanyak 16,986 kes sembuh dilaporkan semalam. – Malaysiapost

Komen