JKM nafi poster ‘Bantuan Warga Emas One-Off sehingga RM500’

JKM nafi poster ‘Bantuan Warga Emas One-Off sehingga RM500’

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung ‘Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500’ seperti yang sedang tular dalam media sosial.

JKM, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menegaskan bahawa poster tular itu adalah palsu.

“Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat,” menurut kenyataan itu.

JKM berkata, orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab.

“Termasuk dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya. – Malaysiapost

Komen