MPKL sita kenderaan ‘terlantar’

MPKL sita kenderaan ‘terlantar’

MJLIS Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita dua kenderaan ‘terlantar’ milik sebuah bengkel yang diletakkan di tempat letak kereta di Banting.

MPKL menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya berkata, pegawai penguatkuasanya sebelum ini sudah beberapa kali memberikan notis kepada pemilik bengkel tersebut bagi mengalihkan kenderaan berkenaan namun tidak diendahkan.

“Justeru, kesalahan ini dibawah Seksyen 46(1)(d), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di mana kesalahan yang boleh dibawa ke Mahkamah Majistret, serta didenda RM1,000,” katanya.

MPKL memaklumkan kenderaan yang disita itu telah dibawa ke stor penyimpanan kenderaan penguatkuasa.

Tambah MPKL, pihaknya akan sentiasa cakna dan mengambil tindakan terhadap kenderaan ‘terlantar’ yang mengganggu serta menghalang tempat-tempat letak kereta di daerah Kuala Langat. Malaysiapost

Komen