Pusat Darah Negara sedih bekalan darah berkurangan

Pusat Darah Negara sedih bekalan darah berkurangan

PUSAT Darah Negara menzahirkan rasa sedih aoabila program menderma darah anjurannya kurang sambutan menyebabkan kutipan bekalan darah makin berkurangan.

Pusat Darah Negara menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata hari ini program derma diadakan di Evolve Concept Mall bermula jam 11 pagi hingga 5 petang ini, namun amat menyedihkan apabila setakat jam 1 tengah hari tadi cuma empat beg darah yang dapat diperolehi.

“Sedihnya kami.. Kami sedih apabila mengenangkan kutipan stok darah sejak kebelakangan ini yang semakin menurun.

“Hari ini kami berada di Evolve Concept Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya dan sehingga jam 1.00 tengah hari, hanya 4 beg darah sahaja diperolehi di lokasi ini.

“Justeru itu, kami mohon penderma yang berada di sekitar lokasi ini untuk tampil menderma darah, kami akan berada di sini bermula pada jam 11 pagi hingga jam 5 petang sahaja,” katanya.

Tambah Pusat Darah Negara, masa untuk menderma berbaki lagi 2 jam, jadi sebelum kempen ini tamat, diminta orang ramai dapat melapangkan masa untuk menderma bagi membantu para pesakit yang memerlukan.

“Hadirkan diri. Laksanakan tanggungjawab sosial anda. Derma darah untuk #KeluargaMalaysia. Lokasi GF (Depan Guardian) @ Evolve Concept Mall,” katanya. – Malaysiapost

Komen