Ramadan akan disambut dua kali setahun pada 2030 – Ahli Astronomi

Ramadan akan disambut dua kali setahun pada 2030 – Ahli Astronomi

UMAT Islam seluruh dunia bakal menjalani ibadah puasa dan sambutan Aidilfitri sebanyak dua kali dalam setahun pada 2030, kata seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq.

Memetik portal Alarabia, ahli astronomi itu berkata, bulan Ramadan pertama pada 2030 akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.

Berdasarkan laman Al Arabiya, keadaan ini berlaku disebabkan fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan sementara kalendar Gregorian pula menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari.

Berikutan perbezaan antara dua kalendar tersebut bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian.

Khaled berkata, perubahan tersebut, akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.

Manakala, situasi yang sama diramalkan akan berulang pada tahun 2063.

Kalendar Gregorian mula digunakan pada tahun 1500-an.

Tidak seperti kalendar Gregorian yang mempunyai 365 hari setahun, calendar Hijrah hanya memiliki 354 atau 355 hari

Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapkan pusingan tersebut. – Malaysiapost

Komen