Covid-19: 22 kematian baharu, 6 BID

Covid-19: 22 kematian baharu, 6 BID

SEBANYAK 22 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 35,363 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, enam daripada 22 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Selain itu, seramai 117,465 individu atau 97.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 367 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 2,599
kes dirawat di hospital dan 161 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen