JSJK Johor cari Azizan

JSJK Johor cari Azizan

POLIS Kontinjen Johor kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes pecah amanah jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor Asisten Superintendan Amran Jusin, berkata individu yang dikehendaki itu adalah Azizan Ismail, 39, dengan alamat terakhirnya di Lot 1777 Kampung Padang Merbau, Melor, Kelantan.

“Individu ini dikehendaki menghadirkan diri di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit untuk menyalurkannya.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Risikan/Operasi JSJK Johor, Asisten Superintendan Timmy Anak Aheng di talian 019-7773728 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

Komen