Pemandu langgar lari di Johor sudah dikenal pasti – Polis

Pemandu langgar lari di Johor sudah dikenal pasti – Polis

POLIS telah mengenal pasti seorang pemandu yang terlibat dalam dua kes langgar lari motosikal di Johor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata pihaknya terkesan satu video berdurasi 34 dan 23 saat di Facebook ‘Jabatan Netizen Negara (Official)’ semalam memaparkan tindakan suspek memandu kenderaan jenis Toyota CHR berwarna merah terlibat kes langgar lari tersebut.

“Hasil semakan mendapati, dua laporan polis telah dibuat bersangkut trafik Johor Bahru(U)/004079/22.

“Di mana kes langgar lari pertama di KM16, Jalan Johor Bahru – Air Hitam dan kes langgar lari kedua di Persiaran Ledang, Iskandar Puteri pada 11 April jam 9.30 malam,” katanya hari ini.

Dzulkhairi berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

“Susulan laporan tersebut, suspek telah dikenalpasti dan sedang dikesan untuk diambil keterangan dan kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

Komen