MB Johor angkat sumpah ahli MKT Umno
MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi.
Beliau mengangkat sumpah itu selepas MKT bersetuju melantiknya ke jawatan berkenaan, susulan memegang jawatan Menteri Besar.
“InsyaAllah, kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan ini akan saya galas dengan penuh amanah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta barisan MKT Umno kerana memberi kepercayaan kepadanya memegang jawatan tersebut. – Malaysiapost