Tarikh debat Najib – Anwar sudah dipersetujui

Tarikh debat Najib – Anwar sudah dipersetujui

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan satu sidang media bersama esok bagi mengumumkan tarikh dan perkara berkaitan debat antara mereka berdua mengenai isu Sapura Energy Bhd.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil, berkata pihak Najib dan Anwar telah bersetuju dengan satu tarikh untuk debat berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kami dan pihak Datuk Seri Anwar telah bersetuju dengan satu tarikh untuk debat.

“Dan tarikh ini dan perkara-perkara berkaitan yang lain akan diumumkan bersama iaitu pihak Datuk Seri Najib dan pihak Datuk Seri Anwar dalam suatu sidang media bersama yang akan diadakan pada hari esok atau lusa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu kedua-dua tokoh politik itu bersetuju berdebat berhubung isu Sapura Energy Berhad, namun belum mendapat tarikh yang sesuai.

Anwar sebelum ini menegaskan debat berkenaan harus diadakan secara terbuka untuk tontonan umum dan penglibatan media juga harus terbuka serta tidak terhad kepada hanya satu portal berita sahaja.

Menurutnya, agensi akhbar atau berita arus perdana harus ambil bahagian dalam usaha untuk mencambah budaya wacana yang sihat dan terbuka. – Malaysiapost

Komen