Tiada rakyat Malaysia terkesan 2 insiden di Mesir

Tiada rakyat Malaysia terkesan 2 insiden di Mesir

WISMA Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah semalam dan kemalangan sebuah bas di Aswan kelmarin.

Menerusi kenyataan malam tadi, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutama pelajar yang menginap sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui telefon: +201200276388 atau e-mel: mwcairo@kln.gov.my.

Media Mesir melaporkan, letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing. – Malaysiapost
.
Kredit Foto: Egyptian Streets

Komen