Che Puan Besar Khaleeda sedia perjuang keadilan buat Bella

Che Puan Besar Khaleeda sedia perjuang keadilan buat Bella

KISAH menyayat hati remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella didera pengasas Rumah Bonda menarik perhatian netizen termasuklah Che Puan Khaleeda Bustamam.

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu turut bersama netizen yang semakin hari semakin ramai mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kezaliman terhadap Bella, remaja yatim berusia 13 tahun itu.

Kes perbicaraan penderaan Bella yang didakwa dilakukan Siti Bainun Ahmad Razali, kini sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di InstaStory, Che Puan Khaleeda menzahirkan rasa simpatinya terhadap Bella yang tergamak didera oleh manusia tak berhati perut.

Terdahulu, gambar tujuh peguambela Siti Bainun tular di media sosial dan menerima kecaman netizen.

Netizen mempertikaikan kenapa masih ada peguam yang mahu membela Siti Bainun berbanding Bella sebagai mangsa yang didera dengan zalim.

Terkesan dengan gambar tular itu, Che Puan menegaskan, akan menggunakan kuasa yang ada untuk membela serta membantu bagi menegakkan keadilan buat remaja istimewa itu.

Beliau turut terkesan dengan apa yang terjadi, lagi-lagi ada pihak yang dianggap ‘pengecut’ dan mahu melarikan diri dari mengakui kesalahan yang dilakukan.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” katanya.

Sebelum ini, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera Bella hingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook YAM Che’ Puan Besar Khaleeda

Komen