Covid-19: 16 kematian baharu, 5 BID
SEBANYAK 16 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan, semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 35,397 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, lima daripada 16 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Selain itu, seramai 110,385 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 357 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 2,281 kes dirawat di hospital dan 152 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Seramai 87 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost