Gaza bantah serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa

Gaza bantah serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa

RATUSAN rakyat Palestin turun ke jalan membantah pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.

Bantahan itu juga sebagai tanda sokongan kepada penduduk yang tinggal di Tebing Barat yang diduduki.

Memetik laporan AlJazeera, penunjuk perasaan melaungkan slogan menyeru sokongan Arab dan antarabangsa untuk jemaah Masjid Al-Aqsa serta mereka berada di wilayah yang menghadapi keganasan Israel yang semakin menjadi-jadi terhadap rakyat Palestin.

Ribuan orang berkumpul di masjid Al-Aqsa itu untuk solat Jumaat semasa bulan suci Ramadan apabila pertempuran meletus menyebabkan lebih 150 rakyat Palestin cedera.

Dalam ucapan pada demonstrasi Gaza, Anggota Kanan Gerakan Jihad Islam Khaled al-Batsh, mengutuk serangan Israel ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa pada pagi Jumaat.

“Hari ini kami berkumpul di Gaza untuk menunjukkan sokongan kami kepada penduduk Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

“Kami menyokong penentangan serangan tersebut dan memberi tabik hormat kepada syuhada kami,” katanya.

Al-Batsh menegaskan puak Palestin ‘tidak akan berdiam diri’ jika pencabulan Israel berterusan di perkarangan Al-Aqsa. – Malaysiapost

Komen