9,705 kes baharu Covid-19 semalam

9,705 kes baharu Covid-19 semalam

MALAYSIA mencatatkan 9,705 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 4,382,402.

Angka itu menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 32 kes, berbanding 9,673 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam, kes import adalah 30 kes membabitkan 25 warganegara dan lima bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah 9,675 kes membabitkan 9,294 warganegara dan 381 bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 134 kes membabitkan 72 kes disahkan Covid-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

BACA LAGI: Kes Covid-19 dijangka naik ketika Aidilfitri – KJ

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 81 kes membabitkan 44 kes disahkan Covid-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 9,705 kes harian yang dilaporkan itu Kategori 1 adalah sebanyak 4,653 kes, Kategori 2 sebanyak 5,003 kes, Kategori 3 adalah 16 kes, manakala Kategori 4 adalah 15 kes dan dan Kategori 5 adalah 18 kes.

“Daripada 49 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu itu, 17 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 15 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 17 kes lagi telah menerima dos penggalak, manakala 29 kes berumur 60 tahun dan ke atas; 27 kes mempunyai komorbid dan seorang ibu mengandung,” katanya. – Malaysiapost

Komen