PRU15: DAP, PH bertanding dengan semangat untuk menang

PRU15: DAP, PH bertanding dengan semangat untuk menang

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke mengakui Pakatan Harapan (PH) menghadapi banyak cabaran dan kekurangan untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, namun pemimpin parti perlu berusaha untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi serta memberi hala tuju yang jelas kepada semua ahli.

“Saya mengatakan bahawa DAP dan Pakatan Harapan mesti bertanding dalam PRU15 dengan semangat untuk menang.

“Sekiranya kita sudah mengalah sebelum masuk gelanggang maka ia akan melemahkan semangat di kalangan jentera pilihanraya kita,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, Anthony berkata, misi utamanya ketika ini ialah menyuntik semangat perjuangan tinggi di kalangan ahli-ahli DAP di semua peringkat untuk memenangi sokongan rakyat dalam PRU15 nanti.

BACA LAGI: PH minta sidang khas Parlimen, desak PM jelaskan tatakelola kerajaan

“Malam ini (tadi), saya menghadiri program majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin akar umbi DAP Selangor di Dewan Shenga, Batu Caves.

“Saya berpesan bahawa pimpinan parti di semua peringkat perlu bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 menjelang Ogos ini.

“Ramai pemimpin DAP akar umbi di Selangor juga merupakan pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis, Ketua Kampung, Ketua Komuniti dan sebagainya. Mereka merupakan tunjang kekuatan jentera parti dalam pilihanraya,” katanya.

PH merekodkan prestasi buruk sejak kebekalangan ini termasuk kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan terbaharu di Johor. – Malaysiapost

Komen