Umno Putrajaya mahu Tun Faisal dipecat?

Umno Putrajaya mahu Tun Faisal dipecat?

UMNO Putrajaya dikatakan tidak berpuasa hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin parti itu dan mahu mengambil langkah susulan bagi memastikan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat.

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya yang digantung keahliannya itu mendakwa Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kurang senang dengan keputusan lembaga disiplin.

“Dimaklumkan oleh mereka yg hadir dalam mesyuarat Umno bahagian petang semalam, Ku Nan (Tengku Adnan) tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin

“Jadi dia bawa ke mesyuarat mahagian dan mencadangkan supaya Tun Faisal dipecat

“Naib ketua bahagian diarah untuk buat surat meminta Tun Faisal dipecat,” katanya kepada Malaysiapost.

BACA LAGI: Tun Faisal menghadap Panel Rayuan Lembaga Disiplin Umno

Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa berkata, perkembangan itu merupakan situasai terbaru Umno Putrajaya terhadapnya.

Pada 27 Mac tahun lalu,Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan keahlian Tun Faisal dalam parti itu digantung selama enam tahun.

Pada 1 Mac lalu, Tun Faisal mengadap Tribunal Lembaga Disiplin di Ibu Pejabat Umno di ibu negara.

Prosiding terhadap beliau dijadual bermula jam 2.30 petang di hadapan lembaga disiplin yang dipengerusikan Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Tun Faisal sebelum ini diarah hadir ke tribunal selepas diberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap pelanggaran Perlembagaan Umno.- Malaysiapost

Komen