PM ajak umat Islam baca, hayati Quran

PM ajak umat Islam baca, hayati Quran

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau berkata, Ramadan antara masa terbaik untuk umat Islam menghayati kandungan kitab suci itu dalam menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH SWT.

“Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’. 

“Alhamdulillah, Fasa Peralihan Ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid,” katanya.

Hantaran Facebook itu turut memuatkan poster Salam Nuzul Al-Quran daripada Perdana Menteri.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. – Malaysiapost

Komen